PROSES CARTA ALIR
Proses carta alir klasik melihat pada pembuatan produk atau penghantaran perkhidmatan daripada perspektif yang luas. Carta alir adalah kaedah grafik yang menunjukkan langkah-langkah bagi penyelesaian masalah dan bagaimana ianya berhubung antara satu sama lain. Carta alir mengandungi simbol geometrik yang dihubungkan oleh anak panah. Bagi setiap simbol mewakili aktiviti bagi langkah yang akan dilaksanakan oleh program. Aktiviti akan dilaksanakan mengikut turutan dari atas ke bawah.
Carta kebiasaanya menggunakan lima simbol utama untuk menerangkan proses yang berlaku : operasi, pemeriksaan, pengangkutan, kelewatan dan penyimpanan. Butiran lengkap bagi setiap proses tidak diperlukan di dalam carta alir. Walaubagaimanapun, masa di perlukan untuk melakukan setiap proses dan jarak antara proses juga diperlukan.
Proses carta alir mempunyai banyak kelebihan di mana ia dapat memudahkan proses aliran bagi sesuatu perkhidmatan atau pengeluaran produk. Selain itu, melalui penggunaan proses carta alir, proses dapat dilaksanakan dengan teratur dan cekap selain dapat mengurangkan kos.
PROSES ALIRAN PERKHIDMATAN
TM POINT
PROSES –PROSES YANG PERLU DI LALUI OLEH PELANGGAN
Pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat tentang talian telefon rumah , internit ,bil telefon atau lain-lain. Pelanggan perlu mendapat perkhidmatan daripada kaunter pertanyaan di pintu masuk TMpoint. Disini juga pelanggan boleh mendapatkan borang seperti borang pemohonan talian telefon, borang pemohonan streamix , borang pertukaran alamat dan borang lain- lain.
Setelah pelanggan mengisi borang pemohonan yang diminta. Pelanggan perlu mengambil nombor giliran di kaunter pertanyaan.selepas itu pelanggan perlu menunngu giliran sebelum memasuki kaunter pemohonan. Di kaunter pemohonan pekerja tersebut perlulah memeriksa maklumat daripada borang pemohonan tersebut disamping meminta pelanggan untuk memberikan maklumat seperti kad pengenalan pemohon untuk dibuat salinan. Jika pemohonan tidak lengkap pelanggan perlu melengkapkan semula pemohonan tersebut sebelum memulakan proses seterusnya. Manakala bagi pemohonan yang lengkap pelanggan boleh meneruskan proses pemohonan mereka. Proses seterusnya kakitangan TMpoint perlu membuat surat perjajian atau kontrak kepada pelanggan. Pelanggan pula perlu memahami perjanjian atau kontrak yang dibuat. Setelah pelanggan memahami perjanjian tersebut kakitangan TMpoint akan memberikan stem hasil. Pelanggan perlu menyediakan bayaran berjumlah RM 10.00 untuk dibayar ke kaunter pembayaran.
Proses berikutnya pelanggan perlu menandatangi perjanjian yang akan diserahkan kepada pelanggan manakala pihak TMpoint akan menyimpan salinan pejanjian sebagai rujukan.kemudian pelanggan perlu membuat pembayaran sebanyak RM125.00 bagi bumiputera manakala 1,125.00 untuk bukan bumiputera . pembayaran perlu di berikan kepada kaunter pembayaran melaluipembayaran secara tunai atau kad kredit. Dan akhir sekali kakitangan TMpoint akan memberikan salinan borang pemohonan dan telefon .
Read more...