OPERATION


Definisi pengeluaran operasi

Pengeluaran
Pengeluaran didefinasikan sebagai pengeluarkan barang dan perkhidmatan.

Fungsi pengeluaran
Menunjukkan perhubungan antara input dengan output yang bermaksud kualiti maksimum sesuatu barang yang dikeluarkan pada sesuatu masa tertemtu dengan menggunakan komunikasi input yang tertentu.

Pengurusan pengeluaran
Merujuk kepada satu system yang mengandungi semua aktiviti –aktiviti yang penting dalam menghasilkan barang dan perkhidmatan

Sistem pengeluaran
Sebagai proses transfomasi iaitu proses yang menukarkan input menjadi output dengan mengambil kira maklumbalas dan perubahan daripada persekitaran. Proses ini memerlukan perancangan, pengarahan dan pengawalan yang cekap daripada pengurus operasi supaya syarikat dapat memaksimumkan output.

Terdapat 4 kompenan utama didalam system pengeluaran iaitu input(sumber), proses transformasi, output (hasil) dan maklumbalas dari persekitaran.


Input - input atau sumber adalah bahan-bahan asas yang diperlukan bagi tujuan mengeluarkan barang dan perkhidmatan seperti manusia, bahan mentah, pengurusan, peralatan, kewangan dan maklumat.

Proses transformasi – merujuk kepada proses yang mengendalikan segala aktiviti penukaran input kepada output yang melibatkan strategi-strategi operasi.

Output – merupakan hasil terakhir yang didapati daripada proses tersebut seperti barangan atau perkhidmatan, keuntungan atau kerugian, kepuasan hati dan pertambahan pekerja dan pengguna.

Maklumbalas persekitaran – terbahagi kepada dua bahagian iaitu persekitaran dalaman dan luaran. Persekitaran dalaman bermaksud factor-faktor yang berada didalam syarikat seperti sikap pekerja, suasana di syarikat dan peranan pihak pengurus dimana factor-faktor boleh disimpulkan sebagai budaya syarikat manakala definisi persekitaran luaran pula merujuk kepada faktor-faktor di luar syarikat seperti pembekal, kerajaan, pesaing, pemegang saham, pengguna teknologi, social dan pengguna ekonomi.
Pengurusan Operasi TMpoint
 
TMpoint merupakan syarikat yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dari segi perkhidmatan layanan pelanggan bagi produk-produk perkhidmatan komunikasi seperti perkhidmatan line telefon, internet seperti online tv, wifi, broadband dan sebagainya.  

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat TMpoint adalah berbeza antara satu sama lain contohnya perkhidmatan yang ditawarkan oleh Tmpoint adalah berbeza dengan syarikat komunikasi lain seperti Maxis Centre atau Celcom Centre. Perkhidmatan di TMpoint mempunyai interaksi yang kerap dengan pengguna oleh itu, ia agak sukar untuk dipiawaikan.

Syarikat TMpoint mempunyai keunikan pada perkhidmatan kerana keunikan ini boleh menarik minat pengguna untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Oleh itu, pengurus perlu memastikan perkhidmatan yang direka bentuk dengan unik agar dapat menarik perhatian pengguna contohnya proses transfomasi untuk perkhidmatan TMpoint ialah



Empat tujuan utama TMpoint  memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.
1.       1.   Memenuhi permintaan dan kepuasan daripada pelanggan – memenuhi kehendak pasaran agar pelanggan        dapat kepuasan dari penggunaan perkhidmatan tersebut.
2.      2.       Beroperasi pada kos yang paling minimun – kos mempengaruhi keuntungan syarikat. Oleh tu, kos minimum dapat memaksinumkan keuntungan.
3.      3.      Menghasikan perkhidmatan yang bermutu tinggi – perkhidmatan yang bermutu tinggi penting kerana ia memberi kesan kepada volum keuntungan syarikat.
4.     4.      Meletakkan harga yang berpatutan dengan kos operasi – skil pengeluaran secara besar-besaran akan merendahkan kos pengeluaran, oleh itu harga yang berpatutan dapat ditawarkan.



                                         
                                           Koordinasi antara aktiviti-aktiviti untuk proses trnsfomasi
Koordinasi Operasi dan Pemasaran
Operasi dan pemasaran adalah antara dua asas penting perusahaan model tidak kira untuk perbuatan atau perkhidmatan. Koordinasi antara kedua-duanya amat diperlukan dan ianya bergantung besar kepada sistem perkhidmatan yang terlibat dalam perusahaan tersebut. Koordinasi yang dimaksudkan antara operasi dan pemasaran adalah berlandaskan hanya kepada kajian reaksi terhadap kehendak
pelanggan melalui penyelidikan dan tingkahlaku pengguna dalam menilai dan menggunakan maklumbalas yang diperolehi daripada borang soal selidik daripada pelangganya. Selain itu, TMpoint menggunakan penyelidikan melalui tingkahlaku pengguna.

Koordinasi Operasi dan Kewangan
Bahagian kewangan di TMpoint lebih mengkhususkan kepada pemerhatian terhadap keuntungan dikaunter bahagian jualan seperti jualan telefon, wireless, hotless fon, moderm, wireless fon dan lain-lain. Koordinasi yang wujud antara operasi dan kewangan adalah lebih berbentuk kawalan terhadap kos dan kewangan supaya jumlah pulangan yang menguntungkan diperolehi sejajar dengan modal yang dikeluarkan. Kawalan terhadap kos dan kewangan melibatkan keputusan pembelian pengguna.

Koordinasi Operasi dan Pembelian
Bergantung kepada jumlah permohonan line telefon yang didaftarkan di dalam sistem dalam tempoh satu tahun. Jelas sekali sistem pengeluaran adalah tertumpu kepada pemohonan line telefon mengikut permintaan pelanggan dalam satu
tempoh masa tertentu. Disini operasi memainkan peranan penting dengan menggunakan kaedah pengurusan inventori untuk memastikan kecukupan bekalan bagi memenuhi permintaan pengguna.

Koordinasi Operasi dan Sumber Manusia
Apabila menyentuh tentang pengeluaran tentunya ia melibatkan pekerja. Kepentingan pekerja kepada syarikat tidak harus dipandang ringan kerana mereka adalah input yang penting dan merupakan aset kepada syarikat. Sumber manusia memainkan peranan penting dalam menyediakan pekerja sistem pengeluaran terutamanya diperingkat transfomasi seperti memberikan bonus kepada pekarja. Manakala operasi pula memainkan peranan penting didalam menyenaraikan ciri-ciri pekerja yang dikehendaki supaya mendapat pekerja yang memenuhi criteria untuk berada dalam proses transformasi bagi melaksanakan strategi-strategi operasi.







Read more...