ABOUT TM POINT






LATAR BELAKANG TMpoint




TMPOINT yang dahulunya dikenali sebagai Kedai Telekom Malaysia. Ditukar nama kepada tmpoint bagi menampilkan imej baru dan orientasi terhadap khidmat perlanggan, perubahan ini juga merangkumi perubahan kepada proses dan sistem  serta peningkatan kemahiran kakitangan  TMPOINT. Ini adalah bagi memastikan mereka memberikan khidmat perlanggan dengan efektif dan cekap kepada semua perlanggan TM. Setakat ini, terdapat 104 premis di seluruh Negara.
    
         
Kini TMPOINT merupakan sebuah organisasi khidmat pelanggan yang menyediakan pusat penyelesaian setempat untuk mengenali produk dan perkhidmatan kumpulan TM. Dengan visi “ untuk menjadi Pusat Hentian setempat untuk produk dan perkhidmatan kumpulan TM” dan sebagai sebuah anak syarikat milik penuh TM. Kini tmpoint berusaha memberikan perkhidmatan terbaik untuk perlanggan kumpulan TM dan menawarkan produk dan perkhidmatan ICT .

         Pada masa kini , TMPOINT sudah mempunyai 100 kedai di seluruh Malaysiatermasuk semenajung Malaysia. Dengan adanya 100 kedai di seluruh Malaysia TM menyediakan  khidmat  saluran – saluran seperti membayar bil, membuat  pemohonan talian tetap , produk multimedia dan lain – lain yang berkaitan dengan  telekomunikasi.Untuk memastikan perniaggan mencapai matlamat yang di ingikan oleh TM. TMPOINT ada caranya dengan memperluaskan lagi produk telekomunikasi mereka serta produk – produk yang berkaitan dengan IT dan memberikan aksesori kepada pelanggan yang memohon.

         TM juga menjaga hubungan rapat dengan vendor – vendor , pembekal – pembekal, persaingan dan menyediakan  produk yang berkuliti tinggi kepada pelanggan .

           Dalam usaha untuk mencapai matlamat yang dinigkan oleh kerajaan . TM telah berazam untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan menawarkan kompetetif produk – produk ICT dan perkhidmatan yang terbaik bagi tahun- tahun akan datang.




PROFAIL


Telekom Sales & Services Sdn. Bhd. (TSSSB) adalah organisasi perkhidmatan pelanggan yang memberi fokus kepada satu tempat penyelesaian masalah perkhidmatan dan produk Telekom. Dengan mempunyai 93 cawangan tmpoint, TSSSB bertindak sebagai saluran utama untuk memasarkan produk Telekom kepada pelanggan-pelanggan biasa atau syarikat di dalam dan luar Malaysia.

           
            Untuk mengimbangkan fungsi perkhidmatan pelanggan itu sendiri, TSSSB juga membekalkan produk Teknologi Komunikasi dan menyediakan kaunter jualan kepada pelanggannya sendiri melalui cawangan-cawangn Tmpoint, bahagian jualan korporat dan agen-agen jualan di Malaysia.
                                                                                               
                TSSSB juga bekerjasama dengan bahagian pemasaran produk, TM Multimedia, pembekal luar, kontraktor, kilang dan rakan kongsi dalam membekalkan produk dan perkhidmatan tertentu seperti kad telefon pra-bayar, TM Rented Payphone, perkhidmatan Tmnet, promosi ISDN kepada pelanggan  sama ada pelanggan secara individu dan  perniagaan.

             Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan,25 cawangan TMPoint  telah mendapat pengiktirafan daripada ISO pada OGOS 2001. Untuk menonjolkan TM Point yang premium dan  berkualiti, 75 cawangan TM Point lagi akan mengikuti penghitirafan ISO

              Objektif  TSSSB adalah untuk memudahkan pelanggan  berkomunikasi menggunakan produk dan perkhidmatan Telekom secara meluas yang merangkumi suara,data,internet dan multimedia



LOGO TMpoint

                  Logo ini melambangkan identiti Kumpulan yang  terdiri daripada tiga warna yang bersemangat dan jelas iaitu oren, biru dan merah. Warna oren melambangkan semangat ceria anak syarikat multimedia kami, TMNet manakala merah pula menggambarkan kebebasan, iaitu identiti Celcom, syarikat selular TM. Huruf "TM" dan warna-warna baru ini menggambarkan imej baru TM sebagai sebuah organisasi yang tegas, berani, bersemangat dan bertenaga.


Pengubahsuaian ini bukan sahaja menggambarkan perubahan luaran sahaja kepada nama dan logo. Perubahan kali ini menekankan pendekatan dasar ke arah menyemai budaya berorientasikan khidmat pelanggan di kalangan anggota TM


VISI DAN WAWASAN



VISI TMPOINT

             “ Untuk menjadi Pusat Hentian Setempat untuk produk dan perkhidmatan Kumpulan TM” dan sebagai sebuah anak syarikat milik penuh TM, Telekom Sales & Services berusaha memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan Kumpulan TM dan menawarkan produk dan perkhidmatan ICT yang kompetitif.



   WAWASAN  TMPOINT

              Telekom Sales dan Services telah menetapkan halatuju untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan – pelanggan  Kumpulan TM serta menawarkan produk dan perkhidmatan ICT yang kompetitif selaras dengan sasaran Syarikat untuk mengalami pertumbuhan memberangsangkan pada tahun mendatang.









Read more...

1 comment: