Thursday 24 March 2011

TM Point Bergerak

TM, syarikat telekomunikasi Malaysia mengumumkan pelancaran TM Point on Wheels (TMoW) – pusat perkhidmatan pelanggan TM. TMoW adalah ektensi kepada 105 cawangan TM Point di seluruh negara. TMoW akan lebih merapatkan lagi TM dengan pelanggannya terutama di kawasan-kawasan perumahan baru dan yang sedag membangun. Buat masa ini, TM telah melancarkan 15 lori TMoW di seluruh negara untuk memberikan perkhidmatan di kawasan-kawasan yang tidak terdapat TM Point seperti Kuala Selangor, Jelebu, Gua Musang dan Tawau. Menurut TM, pelanggan boleh datang dan melakukan hampir kesemua transaksi yang boleh dilakukan di TM Point biasa. Ianya akan beroperasi dari pukul 10 pagi hingga ke 7 malam. Buat masa ini segala transaksi hanya dijalankan secara tunai dan pembayaran secara kad kredit sedang diusahakan. TMoW dilengkapi dengan piring satelit dan menawarkan akses intenet percuma menggunakan WiFi.
TM bercadang untuk menambah 7 lagi TMoW sebelum hujung tahun ini.

No comments:

Post a Comment