Thursday, 24 March 2011

Hadiah gajet promosi TM Autopay with Visa

KUALA LUMPUR 13 April – Telekom Malaysia Bhd. (TM) menawarkan pelbagai gajet menarik kepada pelanggan yang menjelaskan bil bulanan TM menggunakan kad Kredit atau Debit Visa pada sepanjang promosi TM Autopay with Visa.


Sherene Azura Azli berjabat tangan dengan Stuart Tomlinson sebagai tanda bermulanya kerjasama antara kedua-dua pihak di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Promosi itu berlangsung sehingga 30 September 2010.

Antara hadiah menarik adalah MacBook Pro yang baru, iPod Touch, PSP Go atau Nintendo Wii terkini ataupun beg tangan Coach.

Naib Presiden, Pemasaran Kumpulan, TM Sherene Azura Azli berkata, promosi itu merupakan kerjasama antara TM dan Visa bertujuan mengukuhkan lagi kemampuan syarikat menawarkan kemudahan, perkhidmatan dan memberi nilai kepada para pelanggan.

Katanya, melalui promosi tersebut, para pelanggan boleh menikmati keselesaan dalam khidmat pembayaran automatik yang mudah dengan menggunakan kad Visa masing-masing.

Selain itu, katanya, para pelanggan turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah mingguan dan rebat bulanan sebanyak RM2 dalam bil TM mereka.

‘’Saya yakin para pelanggan akan menggunakan saluran pembayaran elektronik kami dan menikmati keselesaan yang ditawarkan,’’ kata Sherene dalam kenyataannya di sini.

Sementara itu, Pengurus Negara, Malaysia, Visa, Stuart Tomlinson berkata, pihaknya berasa gembira kerana TM merupakan peneraju industri dalam mempromosikan kelebihan-kelebihan pembayaran berulang.

Dengan cara ini, katanya, para pemegang kad Visa dapat menjimatkan masa dan wang serta menikmati keselesaan kerana mereka tidak lagi perlu berbaris atau berasa bimbang dengan bayaran denda apabila terlupa menjelaskan bil mengikut masa.

‘’Ini adalah gambaran sebenar nilai yang dibawakan oleh Visa kepada para pemegang kad kami," ujarnya.



Perkhidmatan TM Autopay merupakan kemudahan pembayaran percuma yang membolehkan pengguna menjelaskan bayaran bulanan menggunakan kad kredit tanpa perlu berbaris dan menulis cek.

Promosi TM Autopay Visa terbuka kepada semua warganegara Malaysia, penduduk tetap serta peserta program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang berumur 18 tahun ke atas dan juga merupakan pelanggan produk dan perkhidmatan TM.

Selain itu, orang ramai perlu menjadi pemegang kad prinsipal atau tambahan Visa sama ada kad kredit atau debit dan mempunyai akaun yang aktif.

Untuk mendaftar bagi kemudahan tersebut, para pelanggan perlu melengkapkan borang yang berkaitan yang boleh didapati di www.tm.com.my dan fakskan ke 03-2240 8242 atau 03-22408204 atau 03-2240 1670 atau menghantarkannya ke mana-mana TMpoint yang berhampiran.

No comments:

Post a Comment